Perungkapan dan galur kata Kepoyangan

Poyang[3] dalam Kamus Dewan mempunyai dua maksud iaitu "nenek moyang atau leluhur" dan "bomoh atau pawang". Kata poyang merupakan lakuran kata daripada empu dan yang. Empu[4] pula mempunyai beberapa maksud; iaitu "tuan atau gelaran hormat", "orang yang mahir dalam sesuatu" dan "empunya atau pemilik". Kata empu dapat dilacak dalam bentuk bangun ulang Proto-Melayu-Polinesianya *empu yang bermaksud "nenek moyang, leluhur, tuan atau pemilik". Manakala kata yang[5] pula membawa makna "dewa", dengan kata terbitan beryang-yang bermaksud "memuja dewa-dewa". Kata yang atau hiang bergalur daripada Proto-Melayu-Polinesia Barat *qiaĊ‹[6] yang bermakna "leluhur, dewa dan ketuhanan". Di samping itu, perkataan poyang itu sendiri mendukung tiga teras kepercayaan kepoyangan iaitu kepawangan, nenek moyang, serta Tuh dan Yang.